Malaysia tidak terkecuali daripada dilanda isu kesihatan mental yang menuntut perhatian yang serius dan tindakan yang segera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.<br /><br />Justeru, jelasnya lagi, Kementerian Kesihatan berpandangan ada keperluan mendesak untuk meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan mental negara.
